ketiga-tiga firma berkenaan – Grab, Boost, dan Touch ‘n Go – yang terlibat dalam skim itu telah melancarkan pelbagai insentif untuk menarik orang ramai supaya mendaftar.
Namun, terdapat satu ‘ironi’ yang membungkam pengguna e-dompet dan rakyat keseluruhannya adalah terma dan syarat yang ditetapkan, semata-mata untuk mendapatkan RM30 yang dijanjikan kerajaan.
Melalui terma dan syarat yang diterbitkan oleh salah satu pengendali aplikasi iaitu Boost, pihak pengendali berhak untuk menggunakan data rakyat yang memohon RM30 tersebut untuk sebarang urusan lainnya sama ada melibatkan kerajaan mahupun pihak luar negara.
Terma dan syarat itu memaparkan:
Menyediakan dan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal-pembekal perkhidmatan (mungkin berpengkalan di luar Malaysia), Kerajaan Malaysia dan penama-penama, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan untuk mengesahkan dan memproses kelayakan permohonan anda bagi tujuan Program ini.
Data yang wajib dimuat naik adalah kad pengenalan dan sekeping gambar ‘selfie’ yang memaparkan wajah dengan jelas dan terang.
https://www.buletinasia.com/perkongsian-data-ancaman-dan-senjata-baharu-dunia/




